Posts

Showing posts from April, 2017

Haruan Makan Anak - Kisah Benar

Image
Salam. Aku J. Perempuan. Aku nak kongsi satu cerita yang benar-benar terjadi. Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Niatku hanya untuk berkongsi. Aku ingat lagi. Dulu aku bersekolah di sekolah berasrama penuh di sebuah pekan kecil. Blok asrama perempuan hanyalah satu dan hanya pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sahaja bermastautin di blok asrama perempuan. Sewaktu aku berada di Tingkatan 5, kawan baik aku S, duduk sebilik dengan pelajar Tingkatan 4. Jadi, adalah seorang pelajar Tingkatan 4 yang duduk berdekatan dengan katil S ni. Aku tengok muka dia monyok. Tak ceria. Hambar. Aku cuba duduk dekat dengan dia. Cuba bersembang dengan dia. Aku tanya dia. Dia ada masalah ke? Kena buli ke? Dia kata tak. Aku pun tak bertanya apa lagi. Takut-takut dia tersinggung. Elok aku nak bangun dan beredar, dia panggil aku. "Akak" Aku toleh dan dia cerita semuanya. Menurut cerita H (aku namakan dia H), dia menghabiskan masa cuti sekolah di rumah kakak dia. Kakak dia dah kahwin da

Selamat Datang ke Blog DNA Hati

Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke Blog DNA Hati. Tujuan blog ini ditubuhkan sebagai satu medium untuk seluruh umat manusia Melayu untuk meluahkan rasa hati, menyuarakan pendapat, berbalas komen tanpa perlu mendedahkan identiti masing-masing. Segala luahan hati, pendapat, komen bolehlah dihantar menerusi email missalmond17@gmail.com dan akan di publish mengikut masa yang ditentukan. Jadi, jangan malu-malu ye untuk berkongsi kisah anda! ツツ