Haruan Makan Anak - Kisah Benar
Salam. Aku J. Perempuan. Aku nak kongsi satu cerita yang benar-benar terjadi. Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Niatku hanya untuk berkongsi.
Aku ingat lagi. Dulu aku bersekolah di sekolah berasrama penuh di sebuah pekan kecil. Blok asrama perempuan hanyalah satu dan hanya pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sahaja bermastautin di blok asrama perempuan. Sewaktu aku berada di Tingkatan 5, kawan baik aku S, duduk sebilik dengan pelajar Tingkatan 4.
Jadi, adalah seorang pelajar Tingkatan 4 yang duduk berdekatan dengan katil S ni. Aku tengok muka dia monyok. Tak ceria. Hambar. Aku cuba duduk dekat dengan dia. Cuba bersembang dengan dia. Aku tanya dia. Dia ada masalah ke? Kena buli ke? Dia kata tak. Aku pun tak bertanya apa lagi. Takut-takut dia tersinggung.
Elok aku nak bangun dan beredar, dia panggil aku. "Akak"
Aku toleh dan dia cerita semuanya.
Menurut cerita H (aku namakan dia H), dia menghabiskan masa cuti sekolah di rumah kakak dia. Kakak dia dah kahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Anak yang sulung tu perempuan, (nama dia R). Kakak dia berniaga dan selalu balik lewat malam.
Kebetulan malam tu, H teman anak saudaranya R tidur di biliknya memandangkan mak dan ayahnya yang balik lambat. Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan ada orang masuk. H bersembunyi di sebalik sofa. Dari balik sofa dia nampak abang iparnya melakukan perbuatan terkutuk tersebut kepada anaknya sendiri. H menangis di dalam hati. H pun buntu untuk berbuat apa-apa.
H menangis sambil dia bercerita. Aku yang dengar pun aku buntu. Aku pun nasihat kepada dia untuk ceritakan hal tersebut kepada kakaknya. Kesudahannya aku sendiri tak pasti. Cuma, tergamaknya seorang ayah buat perkara macam tu terhadap anak sendiri.

Comments
Post a Comment